Assalamualikum...

The place where patient begins,love begin to be felt,ways to understand your partner,and all the problem start to be resolved.

Selamat datang ke LoVE MaTter blog.Blog ini merupakan satu blog yang akan menceritakan anda ttg what love is,who love is n something like that.Tujuan saya menulis blog nie kerana saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman teman2,pemerhatian,kajian n mungkin dapat memberi sedikit kefahaman n membantu sesetengah orang yg mempunyai masalah percintaan,fall in love x pun seseorg yg looking for love.Di dalam blog ini terdapat sedikit sebanyak info bkaitan sepertimana yg telah saya jelaskan diatas.Di harap para pembaca dpt membacanye dgn enjoy n mungkin dpt memberikan maklum balas sekiranya ada kesilapan n idea2 yg lain..hehehe....HAK CIPTA SENDIRI

Monday 9 May 2011

Tip-tip menawan hati lelaki



Menawan hati lelaki merupakan satu perkara yang agak susah dilaksanakan bg seorang wanita.Mendengar sahaja perkataan hati lelaki ramai wanita berpendapat bahawa hati lelaki ini keras,degil dan macam2 lagi.Hati lelaki ini sememangnye keras ibarat batu.Namun,sekiranya kena dengan cara dan teknik yang betul hati lelaki ini adalah mudah untuk difahami dan ditawan.Ibarat berperang tanpa strategi,sudah tentu peratusan untuk menang adalah sedikit berbanding berperang dengan strategi yang cukup baik dan kemas.

1.Usah membiarkan lelaki menanyakan soalan lebih dari sekali.

  Membiarkan lelaki menanyakan soalan lebih dari sekali akan memberikan tanggapan yang buruk kepada wanita berkenaan kerana lelaki tersebut akan beranggapan bahawa mereka langsung tiada daya tarikan atau menyebabkan mereka rasa kurang diberikan perhatian daripada wanita tersebut.Oleh,yang demikian,sekiranya mereka menanyakan soalan hendaklah disahut soalan itu dengan segera.Hal ini akan membuatkan lelaki merasa mereka mendapatkan perhatian yang cukup dari wanita tersebut lantas memberikan pandangan positif bahawa wanita tersebut sangat alert terhadap keadaan sekitarnya.

   Jika lelaki tersebut menanyakan soalan ketika kamu sedang bersembang atau berurusan dengan orang-orang yang lebih kehormat seperti orang yang lebih tua atau orang yang berjawatan hendaklah kamu menunjukkan tanda atau reaksi yang memberi maksud bersabar seperti mengangkatkan tangan sedikit atau meminta kebenaran sebentar(sekejap ye).Kebanyakkan lelaki lebih dapat memahami situasi atau sesuatu keadaan dengan cukup baik.Sekiranya wanita tersebut berbuat demikian insyaallh lelaki tersebut dapat memahaminya.

   Sekiranya lelaki berkenaan telah menanyakan soalan kepada kamu banyak kali dan secara tiba-tiba dia berhenti menanyakan soalan tersebut,hendak lah kamu meminta maaf kepadanya dan jika perlu dipujuk maka hendaklah kamu memujuknya.Berkemungkinan besar lelaki tersebut merajuk atau termakan hati dengan perlakuan tersebut.Kemudian menanyakan balik soalan yang telah dia dikemukan itu tadi.Hal-hal sebegini sememangnya nampak remeh tetapi bagi sesetengah lelaki terutama lelaki-lelaki yang sangat tegas dan lelaki-lelaki yang berprinsip perkara seperti ini sangat mereka mengambil kira.





2.Wanita perlu belajar bahasa lelaki.

    Perkataan lelaki menunjukkan satu jantina yang merujuk kepada seorang pemimpin,khalifah,seorang suami dan sebagainya.Name lelaki ini juga jelas menunjukkan spesis manusia sukar difahami kadang-kalanya.MEMAHAMI lelaki bukan lah satu perkara yang susah seperti yang anda gambar-gambarkan sebenarnya,ibarat kita ingin berkomunikasi dengan orang yang berlainan berbangsa  kita harus lah memahami bahasa yang digunakannya itu barulah ia menjadi satu komunikasi yang berkesan dan maklumat berjaya disampaikan sama juga seperti lelaki.


     Lelaki juga mempunyai bahasa mereka sendiri yang digunakan bagi menzahirkan sesuatu emosi,menunjukkan satu jawapan dan mampu menjelaskan sikap mereka yang misteri itu.Kebiasaannya lelaki akan mengunakan bahasa mereka dalam keadaan tertentu.Bahasa lelaki ini boleh dipelajari melalui tindak balas tubuh badannya,melalui bahasa dan cara pertuturannya serta melalui perubahan sikap yang mendadak.
Sebagai contoh:

  • tindak balas tubuh badan.-jika seorang lelaki itu brusaha melakukan sesuatu perkara untuk seorang wanita itu tanpa sebarang alasan yang kukuh dan diluar kebiasaannya walaupun perkara tersebut sukar atau memerlukan pelbagai usaha untuk melakukannya ia menunjuk tanda-tanda suka,minat atau pun sayang.Sebagai contoh,seorang suami sanggup mencari makanan yang diidamkan oleh isterinya yang mengandung walaupun ianya sukar didapati.
  • Bahasa.-bahasanya yang agak kasar memang sudah jelas menunjukkan tanda marah.Tetapi harus diigat bahawa tidak semua keadaan itu membawa maksud yang sama.Kadang-kala lelaki menggunakan bahasa yang agak kasar bertujuan utk memberikan penegasan terhadap sesuatu perkara untuk menunjukkan TIDAK,YA dan sebagainya dengan tujuan menegur dan seumpamanya.Selain itu,pendidikan atau cara hidup yang mmg kasar jga perlu diambil kira dlm proses penilaian.Kita xboleh nk judge org berdasarkan apa yg kita percaya n assumptions saje kerana kebarangkalian utk salah adalah tggi dan boleh menimbulkan satu cara pemikaran yang negatif.Contoh penegasan;       
           lelaki     : jgan nak mengada nk buat2 benda tu abg x suke...!!!!
          Wanita   :berjalan laju laju terjatuh kedalam longkang.(merajuk)haha
            laki      :hah..tu lah..merajuk lg..(sambil menolong wanita berkenaan)
                        sayang sory la ek.abg xde niat pun nk mrh td...xkn lah isteri 
                        abg wat silap abg sggp tgk je..dah..jgn merajuk lg ek...
   
  • Perubahan sikap yang mendadak-menunjukkan berlakunya perubahan emosi sama ada sedih,gembira,sayang,bermasalah dan lain2 bergantung kepada perubahan sikapnya.Hal boleh dilihat dengan perkara kecil sekali pun.Sebagai contoh,
            :- tiba-tiba mendiamkan diri ketika dalam perbualan
            :-menunjukan sikap kurang berminat membualkan sesuatu perkara.
            :-mengasingkan diri untuk seketika dalam waktu2 tertentu.
            :-murung untuk beberapa seketika.
            :-xde mood nak bercakap.

  • Cara pertuturan-lihat lah dan kenali lah cara pertuturannya.Sekiranya berlakunya sesuatu yang diluar kebiasaannya maka bertindaklah dengan cara yang bijak dan sebaiknya.
            
         Sekiranya berlaku perkara2 seperti ini jadi lah seorang yang perihatin terhadapnya dengan menanyakan soalan2 yang membantu dan mengambil peluang untuk mengenali dirinya.Oleh yang demikian kawal lah keadaan itu seolah2 anda pernah mengalaminya.Dan jadilah peluang ini untuk untuk menunjukkan anda seorang wanita yang sangat memahami dirinya.


will be continue...
           
                 

6 comments:

  1. yg contoh tu keajm sgt sbb jtuh lngkang.ahahah

    ReplyDelete
  2. hahahah...ala ok lah tu..longkang kecik je..

    ReplyDelete
  3. yg suami sngup crik mknan tu bukn sume.setengah jer.stengah tu istri yg crik sdiri taw.sian bni die yg tnga prgnant tu

    ReplyDelete
  4. ala..tu kan contoh sahaja cik lia gendut..
    mybe ada byk lg benda lain yg lelaki tu akan lakukan..contohnye..jga isteri dia time pregnent..laki kdg2 nampk je mcm relax..tp dlm ati sbnrnye risau lah jgk..cume ego nk tunjuk..tp sian gak lah lau dpt laki yg mcm lia ckp tu..('',)

    ReplyDelete
  5. haa kan.mmg kesian la prempuan tu.laki x hbes2 nk ego.pom[uan jgk yg kne bralah.kdang2.msg pon nk tngu pompuan msg dlu.kan zul kan?buuuuu

    ReplyDelete
  6. haa..btl gak tu...sian2..hehehe

    ReplyDelete