Assalamualikum...

The place where patient begins,love begin to be felt,ways to understand your partner,and all the problem start to be resolved.

Selamat datang ke LoVE MaTter blog.Blog ini merupakan satu blog yang akan menceritakan anda ttg what love is,who love is n something like that.Tujuan saya menulis blog nie kerana saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman teman2,pemerhatian,kajian n mungkin dapat memberi sedikit kefahaman n membantu sesetengah orang yg mempunyai masalah percintaan,fall in love x pun seseorg yg looking for love.Di dalam blog ini terdapat sedikit sebanyak info bkaitan sepertimana yg telah saya jelaskan diatas.Di harap para pembaca dpt membacanye dgn enjoy n mungkin dpt memberikan maklum balas sekiranya ada kesilapan n idea2 yg lain..hehehe....HAK CIPTA SENDIRI

Monday 23 May 2011

Cemburu bukan niat untuk mengongkong..




Entry kali nie saya nk kongsi dengan anda semua tentang tajuk yg dekat atas nie..Sebenarnya saye pun dah kekeringan idea nak share dengan korang sume.Tapi tiba2  rase macam nak cite pasal benda nie.My sister cakap saye terlalu skema sangat tulis post2 kat blog nie.,betul ke..??urm..tah lah..pandai-pandailah korang nilai sendiri.Bercakap pasal tajuk nie mungkin ada di antara anda sume pernah mengalami peristiwa-peristiwa atau masalah seperti ini dengan pasangan anda.Walaupun xslalu berlaku tapi setiap orang mesti akan mengalaminya satu hari nanti.
     
      Cemburu yang ingin saya kongsikan disini bukanlah seperti cemburu apabila orang lain mempunyai kereta besar,siapa lagi cantik,rumah mewah dan lain2 walaupun perkara-perkara seperti ini juga tergolong dalam kes kita iaitu cemburu.Tetapi cemburu yang ingin saya kongsikan dengan anda semua dalam entry ini ialah cemburu terhadap pasangan anda yang kadang-kadang mungkin melibatkan orang ketiga.Mungkin ramai diantara anda semua pernah mengalami situasi dimana pasangan anda berasa cemburu atau sangat cemburu terhadap tindakan dan kelakuan yang anda lakukan.Contoh benda dia lakukan n petanda:
   

  1. wat spot chek kt phone.Sama ada anda sedar atau x,kadang2 si dia akan mula wat benda2 mcm nie..mesej,gambar sume sume dia spot chek.. 
  2. Bila tiada benda nak wat mula pk mcm2 ttg dia...xyah nk tipu anda pun same..haha
  3. Mule bertindak mcm detektif..mcm2 ditanya..
  4. kata2 anda mula dia ragui dan xpercaya kat anda.
  5. Mendesak anda melakukan sesuatu pekara.


Sedar atau tidak segelintir dari kita yang dicemburui mungkin akan rase terkongkong terhadap sikap pasangan kita itu terutamanya lelaki.Selain itu ada juga yang akan merasakan bahawa mereka tiada kesefahaman dan tidak saling memahami,bertengkar,rimas,dan anda mungkin akan penat untuk melayan kerenah si dia..Dalam kes ini kita harus sedar bahawa itu bukanlah niat mereka untuk mengongkong anda,tetapi mereka hanya berniat supaya anda dapat memahami perasaan dan hatinya.Jadi anda tidak perlu terasa terkongkong sekiranya dia bersikapnya sedemikian.

     Bagi seseorang yang cemburu pula mereka bersikap sedemikian kerana risau kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku sekiranya perkara itu dibiarkan.Sebagai contoh,risau anda akan jatuh hati terhadap orang tersebut,takut anda dirampas,tidak ingin berkongsi kasih sayang dan lain-lain lagi.Bagi mereka,inilah cara terbaik untuk ditunjukkan kepada pasangan mereka daripada mereka memarahi dan sebagainya untuk menunjukkan rasa sayang mereka kepada anda.Oleh itu,anda perlulah memahami situasi sebenar supaya anda mampu untuk mengawal situasi seperti ini dan berfikirlah secara matang agar tidak memburukan lagi keadaan.

     Menurut pandangan sesetengah wanita pula mereka amatlah menuntut sikap cemburu ini daripada lelaki.Saya pun xberapa pasti kenapa...mungkin bagi wanita,lelaki yang cemburu membuatkan mereka merasakan diri mereka disayangi dan mungkin dihargai.Bagi mereka mendapatkan sikap cemburi daripada segelintir lelaki terhadap wanita adalah satu perkara yang agak susah.Oleh itu,xperlu lah anda rase sebaliknya dan seharusnya anda perlu rasa bersyukur kerana dia masih mencemburui anda.

nantikan lah bagaimana untuk mengatasi masalah ini dalam post yang akan datang..

Sunday 22 May 2011

Adakah ego itu perlu ?

Menurut kamus dewan ego bererti  sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir,dan sebagainya) dan keperibadian. 2.Perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dan sebagainya) daripada orang lain, perasaan megah akan diri sendiri.Berikutlah maksud ego yang dijelaskan dalam kamus tersebut.Perkataan ego ini juga sering dikaitkan dengan perkataan yang lazim kita dengar iaitu lelaki.Walaupun tidak kesemua lelaki sering sikap sedemikian,namun untuk dibandingkan dengan wanita memang sudah sangat jelas menunjukkan bahawa tahap keegoan lelaki sememangnya tinggi.Secara kasarnya memang kelihatannya lebih kepada lelaki tetapi wanita juga kadang kalanya bersikap ego sama ada mereka sedar atau tidak.
 
    Oleh itu,saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan dan dan mungkin ilmu sekadar apa yang saya mampu kepada anda semua.Jadi..adakah ego itu perlu..???.Buat pengetahuan lelaki diluar sana ego adalah satu sikap yang tidak disukai oleh kebanyakkan wanita.Sekiranya kelab benci ego ini ditubuhkan mungkin berbilion-bilion wanita akan sertai kelab ini.Berkelakuan seperti ini secara keterlaluan akan menimbul satu perasaan tidak puas hati,geram atau sebagainya kepada kebanyakkan golongan wanita.Pada pandangan mata mereka golongan lelaki atau seperti ini tidak ubah seperti seorang yang sombong dan merasakan dirinya sahaja yang sempurna begitu juga dengan lelaki.Selain itu,sikap ego ini juga mampu menimbulkan satu tekanan perasaan,mesej yang ingin ditunjukkan tidak sampai,gangguan emosi serta penderitaan batin sekiranya berlarutan.Sebagai contoh:

  :-Perasaan ego untuk menyuarakan sesuatu.
    Orang yang mencintai seseorang tetapi ego untuk luahkannya.

  :-Ego dalam melaksanakan sesuatu.
    berlaku perselisihan faham tetapi ego untuk mengaku salah dan meminta maaf.


Hal-hal sedemikian boleh mengakibatkan satu masalah menjadi berlarutan,berlakuanya pendam perasaan dan seterusnya boleh mengakibatkan perpecahan.Saya juga ingin menyuarakan sedikit nasihat disini iaitu hal-hal yang melibatkan perasaan usah ditangguh-tangguh dan terlalu bersikap ego.Kebiasaannya hal-hal seperti inilah yang akan mengakibatkan berlakunya tekanan perasaan dan ganguan emosi.Oleh itu,berwaspadalah terhadap kelakuan anda dan janganlah terlalu bersikap sedemikian kerana tiada keuntungan yang bakal anda peroleh.

   Selain itu,sikap ego ini juga ada baiknya juga kadang kala bagi tujuan-tujuan individu yang tertentu.Sebagai contoh,seorang suami perlu bersikap seperti ini kadang kalanya dalam melaksanakan tanggungjawab memimpin rumah tangga bagi menunjukkan sikap ketegasan dan berpendirian dalam memimpin.Contohnya,anak-anak yang sering dimanjakan perlulah di didik dengan tegas + ego kadang kalanya untuk menunjukkan merekalah contoh yang terbaik.Ego juga perlu ada dalam diri seseorang untuk menunjukkan harga diri individu,namun bersikap keterlaluan boleh mengakibatkan orang menjadi menjadi benci dan meluat.Gunakanlah sikap ini untuk tujuan-tujuan kebaikkan yang mungkin akan mendatangkan benefit kepada anda.Oleh yang demikian,dengan pendapat yang x seberapa ini diharap para pembace dapat memberikan komen sekiranya ada kesalah yang mungkin saya lakukan sama ada sedar atau tidak.

Zul..


Monday 16 May 2011

sweet speech love...

you need to watch this video,i think this is the sweet love video and it's amazing.
I have watch this video so..so..many times.
I think it really should be shared with you all...
i hope you enjoy it..




the great thing and the amazing thing about love is
not how much you love the person,
not the reason you love the person,
but the way you love the person.

Then look at this video..
how great the way he love..




touching...noooooo...hehee

Tip-tip menawan hati lelaki (part 2)



3.Perempuan perlu berhati-hati dalam memberikan nasihat kepada lelaki.

Lelaki sememangnya adalah manusia yang mempunyai ego yang tinggi berbanding wanita.Menerima pandangan atau nasihat daripada orang lain terutamanya perempuan adalah adalah satu perkara yang sukar dilakukan oleh sesetengah lelaki diluar sana.Berwaspada lah terhadap cara anda menyampaikan teguran atau nasihat kepada mereka bagi mengelakkan perselisihan dan pertengkaran antara kamu dengannya.Oleh yang demikian,perempuan perlu berjaga-jaga dalam memberikan nasihat kepada lelaki kerana lelaki bermungkinan akan tersalah faham dengan niat dan cara mereka itu.

    Sekiranya seorang perempuan memberikan nasihat lelaki,kebanyakkan lelaki akan berpandangan atau bertanggapan bahawa mereka itu sedang mempertikaikan kemampuan dan kebolehannya yang ada pada dirinya,menganggap mereka tidak tahu apa-apa,menganggap mereka tidak boleh melakukannya bersendiriyan terutamanya sesuatu yang memang kepakarannya.Hal ini amatlah sensitif bagi mereka.Oleh itu,gunakan lah cara yang berhemah untuk menunjukkan satu nasihat kepada mereka dan elakkan lah perkara-perkara yang mungkin menyakitkan hati mereka.Selain itu,cara yang anda gunakan juga haruslah menunjukkan satu tanda hormat dan bertepatan dengan sikapnya.Sebagai contoh,anda tidak boleh memberikan nasihat atau menegur semua orang dengan cara yang sama kerana kefaham  mereka berbeza-beza berdasar sikap dan gaya hidup.



4.Pikatlah hatinya dengan kelembutan dan kesopanan anda.

Kebanyakkan lelaki mudah mengalihkan tumpuan kepada wanita-wanita seperti ini.Walaupun bukanlah satu keinginan untuk memilikinya,namun wanita seperti ini sering menjadi tarikan dimata-mata lelaki.Kelembutan dan kesopanan yang saya maksudkan disini ialah sesuatu keperibadian atau perlakuan yang lembut dan sopan yang menunjukkan ciri-ciri kewanitaan atau keperibadian yang ayu.Pada pandangan lelaki,wanita-wanita seperti ini sukar untuk ditemui dan bagi mereka wanita seperti ini juga sesuai untuk dijadikan calon isteri.Gunakanlah kelebihan yang ada pada diri anda ini untuk menjadi satu alasan mengapa dia perlu bersama anda dan ambillah kesempatan ini untuk memaut hatinya.Janganlah kamu berpelakuan gedik dan terlalu melebih2 kerana kebanyakkan lelaki xsukakannya.Harus di ingat juga..Tidak semua citarasa lelaki itu adalah sama dan ada juga lelaki yang tidak menitik beratkan perkara-perkara sedemikian.Oleh itu,kenal pastilah si dia..adakah dia tergolong dalam lelaki2 yang akan yang akan terpikat dengan kelembutan dan kesopanan wanita atau tidak..Sekiranya ya..bertindaklah.


will be continue...

Monday 9 May 2011

Tip-tip menawan hati lelaki



Menawan hati lelaki merupakan satu perkara yang agak susah dilaksanakan bg seorang wanita.Mendengar sahaja perkataan hati lelaki ramai wanita berpendapat bahawa hati lelaki ini keras,degil dan macam2 lagi.Hati lelaki ini sememangnye keras ibarat batu.Namun,sekiranya kena dengan cara dan teknik yang betul hati lelaki ini adalah mudah untuk difahami dan ditawan.Ibarat berperang tanpa strategi,sudah tentu peratusan untuk menang adalah sedikit berbanding berperang dengan strategi yang cukup baik dan kemas.

1.Usah membiarkan lelaki menanyakan soalan lebih dari sekali.

  Membiarkan lelaki menanyakan soalan lebih dari sekali akan memberikan tanggapan yang buruk kepada wanita berkenaan kerana lelaki tersebut akan beranggapan bahawa mereka langsung tiada daya tarikan atau menyebabkan mereka rasa kurang diberikan perhatian daripada wanita tersebut.Oleh,yang demikian,sekiranya mereka menanyakan soalan hendaklah disahut soalan itu dengan segera.Hal ini akan membuatkan lelaki merasa mereka mendapatkan perhatian yang cukup dari wanita tersebut lantas memberikan pandangan positif bahawa wanita tersebut sangat alert terhadap keadaan sekitarnya.

   Jika lelaki tersebut menanyakan soalan ketika kamu sedang bersembang atau berurusan dengan orang-orang yang lebih kehormat seperti orang yang lebih tua atau orang yang berjawatan hendaklah kamu menunjukkan tanda atau reaksi yang memberi maksud bersabar seperti mengangkatkan tangan sedikit atau meminta kebenaran sebentar(sekejap ye).Kebanyakkan lelaki lebih dapat memahami situasi atau sesuatu keadaan dengan cukup baik.Sekiranya wanita tersebut berbuat demikian insyaallh lelaki tersebut dapat memahaminya.

   Sekiranya lelaki berkenaan telah menanyakan soalan kepada kamu banyak kali dan secara tiba-tiba dia berhenti menanyakan soalan tersebut,hendak lah kamu meminta maaf kepadanya dan jika perlu dipujuk maka hendaklah kamu memujuknya.Berkemungkinan besar lelaki tersebut merajuk atau termakan hati dengan perlakuan tersebut.Kemudian menanyakan balik soalan yang telah dia dikemukan itu tadi.Hal-hal sebegini sememangnya nampak remeh tetapi bagi sesetengah lelaki terutama lelaki-lelaki yang sangat tegas dan lelaki-lelaki yang berprinsip perkara seperti ini sangat mereka mengambil kira.





2.Wanita perlu belajar bahasa lelaki.

    Perkataan lelaki menunjukkan satu jantina yang merujuk kepada seorang pemimpin,khalifah,seorang suami dan sebagainya.Name lelaki ini juga jelas menunjukkan spesis manusia sukar difahami kadang-kalanya.MEMAHAMI lelaki bukan lah satu perkara yang susah seperti yang anda gambar-gambarkan sebenarnya,ibarat kita ingin berkomunikasi dengan orang yang berlainan berbangsa  kita harus lah memahami bahasa yang digunakannya itu barulah ia menjadi satu komunikasi yang berkesan dan maklumat berjaya disampaikan sama juga seperti lelaki.


     Lelaki juga mempunyai bahasa mereka sendiri yang digunakan bagi menzahirkan sesuatu emosi,menunjukkan satu jawapan dan mampu menjelaskan sikap mereka yang misteri itu.Kebiasaannya lelaki akan mengunakan bahasa mereka dalam keadaan tertentu.Bahasa lelaki ini boleh dipelajari melalui tindak balas tubuh badannya,melalui bahasa dan cara pertuturannya serta melalui perubahan sikap yang mendadak.
Sebagai contoh:

  • tindak balas tubuh badan.-jika seorang lelaki itu brusaha melakukan sesuatu perkara untuk seorang wanita itu tanpa sebarang alasan yang kukuh dan diluar kebiasaannya walaupun perkara tersebut sukar atau memerlukan pelbagai usaha untuk melakukannya ia menunjuk tanda-tanda suka,minat atau pun sayang.Sebagai contoh,seorang suami sanggup mencari makanan yang diidamkan oleh isterinya yang mengandung walaupun ianya sukar didapati.
  • Bahasa.-bahasanya yang agak kasar memang sudah jelas menunjukkan tanda marah.Tetapi harus diigat bahawa tidak semua keadaan itu membawa maksud yang sama.Kadang-kala lelaki menggunakan bahasa yang agak kasar bertujuan utk memberikan penegasan terhadap sesuatu perkara untuk menunjukkan TIDAK,YA dan sebagainya dengan tujuan menegur dan seumpamanya.Selain itu,pendidikan atau cara hidup yang mmg kasar jga perlu diambil kira dlm proses penilaian.Kita xboleh nk judge org berdasarkan apa yg kita percaya n assumptions saje kerana kebarangkalian utk salah adalah tggi dan boleh menimbulkan satu cara pemikaran yang negatif.Contoh penegasan;       
           lelaki     : jgan nak mengada nk buat2 benda tu abg x suke...!!!!
          Wanita   :berjalan laju laju terjatuh kedalam longkang.(merajuk)haha
            laki      :hah..tu lah..merajuk lg..(sambil menolong wanita berkenaan)
                        sayang sory la ek.abg xde niat pun nk mrh td...xkn lah isteri 
                        abg wat silap abg sggp tgk je..dah..jgn merajuk lg ek...
   
  • Perubahan sikap yang mendadak-menunjukkan berlakunya perubahan emosi sama ada sedih,gembira,sayang,bermasalah dan lain2 bergantung kepada perubahan sikapnya.Hal boleh dilihat dengan perkara kecil sekali pun.Sebagai contoh,
            :- tiba-tiba mendiamkan diri ketika dalam perbualan
            :-menunjukan sikap kurang berminat membualkan sesuatu perkara.
            :-mengasingkan diri untuk seketika dalam waktu2 tertentu.
            :-murung untuk beberapa seketika.
            :-xde mood nak bercakap.

  • Cara pertuturan-lihat lah dan kenali lah cara pertuturannya.Sekiranya berlakunya sesuatu yang diluar kebiasaannya maka bertindaklah dengan cara yang bijak dan sebaiknya.
            
         Sekiranya berlaku perkara2 seperti ini jadi lah seorang yang perihatin terhadapnya dengan menanyakan soalan2 yang membantu dan mengambil peluang untuk mengenali dirinya.Oleh yang demikian kawal lah keadaan itu seolah2 anda pernah mengalaminya.Dan jadilah peluang ini untuk untuk menunjukkan anda seorang wanita yang sangat memahami dirinya.


will be continue...
           
                 

Friday 6 May 2011

Mengapa Kesepian berpanjangan..??

urm...emosi atau perasaan sebenarnye mempunyai jgka hayat juga seperti makhluk hidup yg lain..ia lahir,berkembang dan hilang.Begitu lah life cycle benda nie..kejap happy,sad n sebagainye.Kdg2 kite tentu mengharapkan perasan ini hidup sekejap je dlm hati.Panjang or pendeknye kesepian ini bergantung kpd kite sendiri sebenarnye.Kite sentiasa ada Allah yg akan memberikan kemampuan utk mengendalikan semua ini.Kuncinya x len xbukan,make sure kite terus ada hubungan 2 hala dgn allah(pencipta alam nie sekali gus menciptakan kesepian n pencipta kemeriahan hati).
 
   Kesepian ini berpanjangan krn kite secara sedar atau xsedar bertindak menyuburkannya.So,elakkan lah keadaan yg menyuburkan kesepian ini seperti dlm keadaan yg sunyi.Elakkan mendgr lagu2 yg sedih,lagu2 kekecewaan n lagu2 yg menyayat hati(ohhh),atau pun lagu2 yg meratapi kesepian kehilangan org yg tersyg.

   Elakkan jgk berbual dgn org2 yg menambahkan lg perasaan sepi ini atau org yg memberi pilihan yg silap dalam mengisi kesepian.Kerana ketika emosi kite yg x stabil nie potensi akan berlakunya sesuatu tindakn2 yg diluar sikap kite adalah tinggi,contohnye amek dadah,minum arak...lbh kurang mcm tu lah n byk lg benda2 len.Selain itu,banyakkan membaca bahan2 yg positif seperti buku2 motivasi atau menghadirkan diri di majlis2 yg sesuai.

   Namun sekadar mengelakkan suasana2 begini tidaklah membantu sepenuhnya.Sebagai seorg penulis blog ini,ini adalah antara cadangan sahaja semata2.Sebaiknya eloklah pergi berjumpa dgn org2 yg lebih profesional seperti motivater or kaunselor.(' ',)

Thursday 5 May 2011

Penyebab kesepian


Umpama perut lapar yg x diisi makanan,kesepian adalah keadaan 'kelaparan perasaan' terhadap perhatian dan kasih sayang.Dalam keadaan lapar,manusia sanggup makan ape saja yg diyakini boleh 'mengenyangkan' perasaan yg biasanya didapati dr org2 yg disayangi dan menyayangi.Ini mmg fitrah semula jd manusia.

   Diluar kesedaran akal kite telah tersenarai org2 yg membekalkan kemeriahan perasaan,pengisi kesepian.Kawan,keluarga,pasangan atau sesiapa juga yg rapat dan disayangi(org yg memahami perasaan,org yg sudi mendgr luahan hati dan org yg menemani kite dalam activiti seharian).Jika org2 yg tersenarai ini hilang,maka berlakulah kesepian walaupun kita berada di tengah2 jutaan manusia.

   Ada pula kesepian yg berlaku walaupun kita berada bersama2 org2 yg tersenarai tersebut namun kita kurang atau tidak langsung mendpt perhatian drpd mereka seperti kebiasaan.Hal ini mengakibatkan sikap keceriaan hilang dan menyebabkan kehidupan seharian menjadi bosan..

Cinta

   Kata CINTA adalah istilah umum dan luas yang digunakan untuk melukis berbagai tingkat perasaan dimulai dengan menyukai berbagai perkara sehingga kepada perasaan satu ngan tuhan dan ciptaan-Nya.Dalam tingkat duniawi,bentuk CINTA tertinggi boleh ditemui dalam kesatuan antara lelaki dan wanita dalam satu ikatan perkahwinan.Kesatuan CINTA wujud melalui kemurniaan moral dan keikhlasan yang berdasarkan pada penghargaan dan hormat antara satu sama lain.Urm..Menuraut sidney newton bremer( Ph.D.) hubungan ini mampu meningkatkan  aspirasi,memperluas batin dan merangsang kekuatan mental.

Dan boleh kamu benci kepada sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu,
Dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu,
Dan(ingatlah) Allah jualah yang mengetahuinya sedangkan kamu tidak.

Al-baqarah:216



expression love..

Welcome

hehe...Sebenarnye sye nie bkn la rajin sgt nk wat blog2 nie.Mule2 tgk org buat tu mcm2 keluar dr fikiran nie...
Ape pasal org suke wat blog ek..??,Rase mcm xbuang mase ke...??(haa..nampak disitu)lbh kurang mcm tu lah bunyinye.
Tapi sebenarnye xde lah mcm tu pun.Bagi org2 yg xrajin bukak2 n search2 nie mybe lah diorg akan pikir mcm tu,tp bg org yg minat mungkin its fun lah n kdg2 benda nie leh jgk jd hobi pd penulis2 blog.Pada pndangan sye lah blog nie mcm best la kot..hahah